Selamat Datang ke New Zealand
image

Berpindah ke New Zealand dengan HIV?

Kami sedia membantu!

Berpindah ke New Zealand dengan HIV?

Kami sedia membantu!

HIV tidak patut menjadi halangan kepada Impian anda untuk hidup di New Zealand. Laman ini adalah sumber informasi anda untuk menguruskan kehidupan di sini dengan HIV.

Kami faham anda mungkin mempunyai soalan seperti yang berikut:
  • Bagaimana saya boleh mendapatkan akses kepada penjagaan kesihatan yang terbaik?
  • Apakah undang-undang tempatan?
  • Di manakah saya boleh mencari kumpulan sokongan dan maklumat lanjut?
Jangan risau, kami ada jawapannya!
Panduan komprehensif kami di bawah meliputi segalanya dari akses penjagaan kesihatan hingga undang-undang tempatan dan cara mencari komuniti sokongan. Terokai sumber kami dan binalah keyakinan anda untuk membuat keputusan yang tepat tentang kesihatan dan kesejahteraan anda di New Zealand.
Stacks Image 112

Peraturan Tempatan

1 of 4

Adakah terdapat sebarang sekatan perjalanan atau aktiviti untuk individu dengan HIV?
Secara umumnya, tidak terdapat sebarang sekatan perjalanan atau aktiviti yang khusus untuk individu dengan HIV di New Zealand. Negara ini tidak mempunyai sekatan kemasukan berdasarkan status HIV dan individu yang hidup dengan HIV tidak disekat daripada menyertai aktiviti sosial.
Bolehkah saya bekerja atau belajar di New Zealand jika saya HIV positif?
Ya, anda boleh bekerja atau belajar di New Zealand jika anda HIV positif. Negara ini mempunyai undang-undang anti-diskriminasi berdasarkan status kesihatan termasuk HIV dalam pekerjaan dan pendidikan.
Adakah status HIV positif saya akan mempengaruhi permohonan visa New Zealand saya dari Imigresen New Zealand?
Anda mungkin perlu menjalani pemeriksaan perubatan sebagai sebahagian daripada permohonan Imigresen anda. Ini digunakan untuk menentukan jika anda memenuhi kriteria standard kesihatan yang boleh diterima. Ini akan termasuk HIV sebagai sebahagian daripada penilaian kesihatan keseluruhan anda. Menjadi HIV positif tidak dianggap sebagai alasan untuk ditolak akses.

Perubatan and Sistem Kesihatan untuk HIV

1 of 4

Apakah sistem pengurusan kesihatan yang dibiayai oleh Kerajaan New Zealand? Adakah saya layak untuk menerima pengurusan kesihatan yang dibiayai?
New Zealand mempunyai sistem pengurusan kesihatan berkualiti tinggi yang dibiayai oleh pembayar cukai, oleh itu kebanyakan perkhidmatan kesihatan adalah percuma. Bergantung pada jenis dan tempoh visa anda, anda mungkin layak untuk sistem penjagaan kesihatan awam New Zealand.
Walaupun anda tidak layak untuk penjagaan kesihatan yang dibiayai, tanpa mengira visa atau status residensi anda, semua rawatan dan penjagaan HIV dibiayai dan percuma. Ini termasuk temu janji dengan Pakar HIV anda, ujian darah, ubat-ubatan HIV, preskripsi dan perkhidmatan perubatan berkaitan HIV yang lain. Sila ambil perhatian bahawa perkhidmatan berkaitan HIV hanya tersedia melalui Sistem Hospital Awam melalui Jabatan Penyakit Berjangkit (ID) atau Klinik Kesihatan Seksual.
Apakah perkhidmatan pengurusan kesihatan berkaitan HIV yang ada di New Zealand?
Di New Zealand, individu yang hidup dengan HIV mempunyai akses kepada perkhidmatan pengurusan kesihatan HIV yang menyeluruh secara percuma.

Ini termasuk:
  • Klinik dan pengurusan kesihatan HIV khusus, terapi antiretroviral, pemantauan perubatan berkala dan rawatan susulan
  • Perkhidmatan kesihatan seksual termasuk ujian dan rawatan untuk jangkitan yang ditularkan melalui hubungan seksual (STI)
  • Perkhidmatan sokongan termasuk kaunseling, bantuan kesihatan mental, sokongan rakan sebaya dan lain-lain.
  • Organisasi komuniti untuk maklumat, advokasi, bantuan dan lain-lain.
Bolehkah saya membawa ubat-ubatan HIV saya ke New Zealand, dan adakah had kuantiti untuk perubatan ini?
Ya, anda boleh membawa bekalan ubat untuk penggunaan peribadi selama 3 bulan dan ini termasuk ubat-ubatan HIV anda. Menurut Perkhidmatan Kastam New Zealand, jika anda membawa ubat-ubatan preskripsi ke New Zealand, ikuti peraturan ini:
  1. Miliki salinan preskripsi atau surat dari doktor anda yang mengesahkan rawatan anda
  2. Simpan ubat-ubatan dalam bungkusan asalnya
  3. Pastikan kuantiti tidak melebihi bekalan tiga bulan
Sebagai orang yang positif HIV, berapakah kos untuk ubat-ubatan HIV dan perkhidmatan berkaitan HIV lain di New Zealand?
Semua ujian darah, perkhidmatan perubatan lain dan preskripsi yang secara langsung berkaitan dengan pengurusan HIV, disediakan secara percuma melalui sistem hospital awam melalui Jabatan Penyakit Berjangkit atau Klinik Kesihatan Seksual kepada semua orang. Doktor Am (GP) di New Zealand tidak dibenarkan untuk memberikan Ubat Antiretroviral HIV.
Di manakah Jabatan Penyakit Berjangkit atau Klinik Kesihatan Seksual di NZ? Bagaimanakah caranya untuk menghubungi mereka?
Rawatan berkaitan HIV di NZ hanya disediakan melalui Jabatan Penyakit Berjangkit di Hospital Awam atau melalui Klinik Kesihatan Seksual di setiap wilayah.
Untuk menghubungi Jabatan Penyakit Berjangkit atau Klinik Kesihatan Seksual setempat anda, rujukan perlu dibuat oleh Doktor Am (GP), Body Positive atau mana-mana Organisasi Sokongan HIV lain. Di beberapa kawasan, Jabatan Penyakit Berjangkit atau Klinik Kesihatan Seksual boleh dihubungi secara langsung.
Apakah ubat-ubatan HIV yang tersedia di New Zealand? Perlukah saya menukar ubat-ubatan HIV saya apabila tiba di New Zealand?
Tidak semua rejimen rawatan HIV tersedia di NZ.
Kebanyakan ubat-ubatan HIV dibiayai oleh kerajaan melalui Pharmac, percuma untuk individu residen dan bukan residen. Ubat-ubatan HIV boleh diperolehi dari mana-mana farmasi (tetapi mereka mungkin memerlukan 24 jam untuk mendapatkan stok). Jika ubat anda tidak dibiayai oleh Pharmac, anda mungkin boleh memohon untuk diberikan ubat tersebut juga, tetapi kos tambahan mungkin dikenakan. Anda mungkin boleh membeli ubat-ubatan yang tidak dibiayai di New Zealand atau mengimport bekalan 3 bulan lagi. Pastikan untuk berbincang dengan Pakar HIV di Jabatan Penyakit Berjangkit atau Klinik Kesihatan Seksual setempat anda untuk memahami sama ada ubat-ubatan HIV anda boleh didapati di New Zealand.
Apa yang perlu saya lakukan apabila saya berpindah dari satu bandar ke bandar lain di New Zealand jika saya HIV positif?
Amatlah penting untuk mengekalkan pengurusan perubatan dan rawatan yang konsisten jika anda berpindah dari satu bandar ke bandar lain. Pastikan andamembawa bersama rekod perubatan anda ke lokasi baru jika anda berpindah, dan dapatkan rujukan dari doctor pakar anda. Pakar HIV anda biasanya akan menyediakan dokumen yang diperlukan dan menghantarnya ke klinik/hospital yang terdekat di kediaman baru anda.

Perkhidmatan sokongan

1 of 4

Adakah terdapat kumpulan sokongan atau organisasi komuniti bagi individu yang hidup dengan HIV dan STI di New Zealand?
Ya, organisasi termasuk Body Positive, Burnett Foundation, dan Klinik Kesihatan Seksual dan lain-lain, memberi tumpuan kepada advokasi, pendidikan, dan perkhidmatan sokongan untuk individu yang hidup dengan oleh HIV dan STI.
Bagaimanakah saya boleh mengakses kaunseling atau sokongan kesihatan mental sebagai individu HIV positif di New Zealand?
Mencari bantuan adalah tanda kekuatan, dan terdapat profesional dan organisasi yang bersedia untuk membantu anda. Jika anda dalam krisis atau memerlukan bantuan segera, jangan ragu-ragu; terus hubungi perkhidmatan kecemasan atau melawat jabatan kecemasan terdekat anda.
Terdapat beberapa organisasi yang boleh anda hubungi jika anda mencari kaunseling atau sokongan kesihatan mental.

Pendedahan

1 of 4

Perlukah saya mendedahkan status HIV saya di New Zealand?
Anda berhak memilih sama ada untuk memberitahu orang lain (atau ‘mendedahkan’) bahawa anda HIV positif. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa situasi di mana anda secara sah dikehendaki berkongsi status anda.
Hubungan seksual: Di New Zealand, anda tidak perlu memberitahu pasangan seksual bahawa anda HIV positif, asalkan anda mengambil langkah berjaga-jaga yang sesuai untuk mengelakkan penularan HIV secara seksual. Menggunakan kondom dianggap sebagai 'langkah berjaga-jaga yang sesuai', sementara beban viral yang tidak dapat dikesan dan PrEP tidak dianggap sebagai langkah berjaga-jaga yang munasabah.

Pekerjaan/Pendidikan: Di bawah Akta Hak Asasi Manusia 1993 di New Zealand, adalah haram untuk mendiskriminasikan individu yang hidup dengan HIV. Dalam kebanyakan kes, adalah pilihan anda sepenuhnya sama ada atau tidak untuk memberitahu majikan anda bahawa anda HIV positif.

Menerima Penjagaan Kesihatan: Tiada keperluan undang-undang untuk anda mendedahkan status HIV anda sebelum menjalani sebarang jenis pemeriksaan perubatan atau rawatan kecuali jika status tersebut berkaitan dengan keadaan perubatan dan rawatan anda.

Memasuki NZ: Anda tidak perlu mendedahkan status HIV anda ketika memasuki New Zealand dari luar negara. Walau bagaimanapun, anda mungkin menerima pertanyaan tentang sebarang ubat preskripsi, termasuk ubat HIV anda, semasa ketibaan. Mempunyai salinan preskripsi anda dan surat dari doktor anda yang menjelaskan ubat-ubatan adalah untuk penggunaan peribadi anda - ia tidak perlu menyatakan HIV.

Ujian HIV dan PrEP

1 of 4

Di manakah saya boleh menjalankan ujian HIV dan kesihatan seksual (STI) lain di New Zealand? Berapakah kos ujian tersebut?
Di New Zealand, anda mempunyai beberapa pilihan untuk mendapatkan ujian HIV dan Kesihatan Seksual, termasuk doktor keluarga atau doktor am (GP), organisasi komuniti seperti Body Positive dan Burnett Foundation, Sexual Health Services (SHS) dan Family Planning.

Kos ujian bergantung pada faktor seperti lokasi ujian, status imigresi anda, kelayakan untuk penjagaan kesihatan yang dibiayai, identiti jantina, seksualiti dan umur, dan lain-lain.
Adakah ujian HIV dan STI sulit? Adakah keputusan ujian saya akan diketahui oleh keluarga, majikan atau Imigresen New Zealand?
Di New Zealand, ujian HIV dan STI adalah sulit. Semua hospital dan klinik perlu mematuhi undang-undang privasi yang ketat dan garis panduan etika untuk melindungi maklumat sulit kesihatan pesakit. Ujian yang diberikan melalui ujian pantas atau ujian kendiri tidak akan direkodkan dalam sistem kesihatan.

Imigresen New Zealand tidak mempunyai akses kepada maklumat kesihatan individu anda kecuali anda memberikan persetujuan secara jelas. Walau bagaimanapun, ujian HIV termasuk dalam pemeriksaan perubatan imigresen.
Adakah PrEP (Profilaksis Pra-Pendedahan) boleh didapati di New Zealand? Berapakah kos PrEP? Bagaimanakah saya boleh mendapatkan PrEP?
PrEP (Profilaksis Pra-Pendedahan) tersedia di New Zealand. Ubat yang dibiayai untuk PrEP di New Zealand adalah tenofovir disoproxil fumarate dengan emtricitabine (nama jenama Truvada).

Jika anda berpindah dari luar negara dan sedang mengambil PrEP, kami mengesyorkan anda membawa bekalan 3 bulan apabila datang ke New Zealand.

Untuk mendapatkan PrEP di New Zealand, anda perlu berunding dengan doktor am (GP) atau Klinik Kesihatan Seksual tempatan. Sebelum memberikan PrEP, mereka akan melakukan beberapa ujian makmal untuk memastikan PrEP selamat dan sesuai untuk anda, termasuk ujian HIV, STI dan ujian lain. Ujian dan lawatan klinik mungkin mahal di sesetengah klinik jika anda tidak layak untuk penjagaan kesihatan yang dibiayai.

Preskripsi PrEP anda akan dihantar kepada anda atau diperolehi dari farmasi pilihan anda. Jika anda layak untuk penjagaan kesihatan yang dibiayai, PrEP adalah percuma. Untuk membelinya tanpa subsidi, kosnya adalah sekitar $25 untuk 30 biji pil.

Sebelum Anda Pergi

Sila membuat panggilan telefon atau memeriksa laman web mereka sebelum menjadualkan ujian HIV dan STI anda untuk memastikan maklumat perkhidmatan adalah tepat, terkini dan sesuai. Semak perkhidmatan ujian, keperluan kelayakan, fahami yuran yang berkaitan, dan pastikan langkah-langkah privasi telah diambil.

Jenis Perkhidmatan Ujian

Kenal pasti perkhidmatan ujian khusus yang anda perlukan, sama ada pemeriksaan STI penuh, ujian HIV atau ujian STI tertentu seperti Sifilis, Gonorea, Klamidia, Hepatitis A, Hepatitis B, Hepatitis C, Herpes Genital, HPV, dan lain-lain. Fahami kaedah ujian yang berbeza dan pilihan yang tersedia untuk setiap satu seperti ujian pantas, ujian darah, ujian air kencing, ujian calitan, ujian kendiri (melalui pos atau secara peribadi) dan pusat pengumpulan spesimen.

Pertimbangan Lain Termasuk:
  • Adakah anda mempunyai simptom HIV atau STI? (Jika ya, lebih baik berjumpa dengan doctor am (GP) anda, Klinik Kesihatan Seksual, atau klinik lain)
  • Berapa lama sebelum anda mendapat keputusan dan apa yang berlaku selepas itu – adakah mereka menyediakan rawatan? Adakah mereka menawarkan vaksin untuk pencegahan?

Kebolehcapaian

Pertimbangkan kebolehcapaian perkhidmatan ujian, termasuk lokasi, jam operasi, tempoh menunggu dan ketersediaan temu janji.

Pilihan lokasi/tempat ujian termasuk ujian kendiri di rumah, ujian di tempat seks, pusat penjagaan kesihatan kecemasan dan bukan kecemasan (Hospital, Klinik Kesihatan Seksual, doctor am (GP), jururawat sekolah dan lain-lain), organisasi lain seperti Body Positive, Burnett Foundation, dan lain-lain.

Ketersediaan untuk temu janji bergantung kepada polisi pusat ujian dan mungkin memerlukan tempahan temu janji terlebih dahulu. Namun begitu, beberapa tempat mungkin menawarkan perkhidmatan tanpa temu janji.

Kos Ujian

Pastikan anda memahami kos yang terlibat, termasuk yuran temu janji, yuran ujian, caj makmal dan yuran tambahan seperti ujian susulan dan kos rawatan.

Kelayakan

Status Residensi atau Visa
Perkhidmatan dan kos ujian mungkin berbeza berdasarkan status residensi atau visa anda. Sila bertanya tentang sebarang keperluan khusus. Jika anda tidak layak untuk perkhidmatan penjagaan kesihatan yang dibiayai New Zealand, insurans mungkin menampung sebahagian daripada kos tersebut.

MSM atau Heteroseksual
Lelaki yang menjalinkan hubungan seks dengan lelaki (MSM) mempunyai kadar HIV dan STI yang lebih tinggi, oleh itu perkhidmatan ujian khusus tersedia di beberapa organisasi atau klinik.

Dasar Berkaitan Umur
Pusat ujian yang berbeza mungkin mempunyai dasar berkaitan umur, seperti menawarkan ujian percuma untuk kumpulan umur tertentu. Sebagai contoh, sesetengah pusat ujian menyediakan ujian percuma untuk individu berumur 22 tahun ke bawah, sementara pusat ujian yang lain memperluaskannya kepada individu di bawah 30 tahun, tanpa mengira status residensi.

Pertimbangan Lain
Beberapa pusat ujian mengkhusus dalam perkhidmatan untuk komuniti tertentu, seperti:
  • Etnik (Maori/Pasifika)
  • Jantina (transgender, individu bukan binari)
  • Orang Yang Menyuntik Dadah
  • Pekerja Seks
  • Pemegang Kad Perkhidmatan Komuniti (CSC)
  • Orang yang Hidup dengan HIV
Pastikan anda bertanya tentang sebarang perkhidmatan khusus atau pertimbangan yang tersedia.

Cari klinik ujian tempatan anda:

Join Body Positive

By becoming a member you will be able to access all the services we offer, as well as support and updates to help you live better.

Newsletter

Want to be keep up with whats happening at Body Positive?
Subscribe to our newsletter below by submitting your e-mail address.
Services     |     Living with HIV     |     Events
Stacks Image 1019308